Jurang digital amat nyata di di dalam sektor ICT. Terdapat jurang di antara yang bermaklumat dan tidak maklumat di kalangan pelbagai kumpulan masyarakat di Malaysia. Dalam masa yang sama, mereka yang bermaklumat dan kaya tinggal di bandar sementara yang tidak bermaklumat dan miskin di pendalaman. Untuk membetulkan ketidakseimbangan digital ini, pihak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan kementerian sebelumnya, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (KTKM) telah menjalankan beberapa inisiatif dalam memenuhi objektif nasional dalam memastikan peruntukan yang lebih adil dalam perkhidmatan ICT lebih mampu-milik seperti yang telah di maktubkan di dalam Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Penyambungan internet di kawasan pendalaman telah dijalankan melalui inisiatif seperti program Pusat Internet Desa (PID) dan progam Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). PID telah dilancarkan pada 3 April 2000 sebagai pendekatan menyeluruh dalam menyediakan akses Internet di kawasan pedalaman melalui peruntukan keperluan infrastruktur, pembinaan kapasiti serta pembangunan kandungan.
Di bawah program PID, operator pihak swasta yang dibiayai oleh kerajaan menyediakan perlalatan komputer dan sambungan Internet; sementara tapak, keselamatan dan elektrik disediakan oleh oleh pihak Pejabat Pos setempat. Latihan juga diberi kepada penyelia PID dan pengguna-penguna sebagai sebahagian dari pakejnya. Satu jawatankuasa sukarelawan juga digerakkan dengan pembangunan laman web setempat yang mempamirkan barangan dan perkhidmatan komuniti beserta penyediaan kandungan yang relevan dengan komuniti tersebut. Di fasa pertama projek ini, PID telah diletakkan di dalam Pejabat Pos di kawasan-kawsasan yang mempunyai sambungan TM Net DSL atau ISDN.
Kini terdapat 42 buah PID di seluruh negara yang telah dilengkapkan dengan lima hingga enam komputer berserta saluran Internet melalui ADSL atau ISDN. Melalui statistik yang dikumpulkan pada bulan Julai 2004, dimaklumkan lebih 53,000 pengguna telah mengguna perkhidmatan PID sementara 35,000 pengguna telah menjalani latihan di bawah salah satu program latihan PID sejak ianya dimulakan.
Sama seperti PID, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga telah menubuhkan program Infodesa untuk menyerapkan budaya ICT di kalangan penduduk luar bandar.
Program USP adalah salah satu inisiatif yang penting dalam usaha merapatkan jurang digital dan sebahagian daripada polisi menyediakan perkhidmatan komunikasi asas kepada setiap rakyat. Menyedari bahawa tanggungjawab ini tidak boleh ditinggalkan kepada pihak industri sahaja, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM293.4 juta di bawah Rancangan Malaysia ke Lapan untuk menyediakan sumber-sumber yang berkaitan di dalam memberi akses komunikasi kepada sekolah, klinik dan perpustakaan di luar bandar. Pada akhir 2003, sebanyak 220 buah sekolah di Sabah dan Sarawak telah dilengkapkan dengan infrastruktur komunikasi menggunakan teknologi ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT). Lebih dari 44,000 penuntut, 3,300 guru dan 22,000 penduduk ynag berdekatan dengan sekolah-sekolah tersebut berpeluang menikmati kemudahan komunikasi dan akses Internet.
Pada penghujung tahun 2004 pula, sebanyak 376 perpustakaan dan 350 klinik desa di seluruh negara telah dihubungkan secara talian mengguna teknologi VSAT dan Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL). Program tersebut telah memberi manfaat kepada lebih 352 penyelia perpustakaan desa, 1,120 kakitangan klinik desa dan 115, 200 orang penduduk.
Melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajar