Laman Utama
Merapat Jurang Digital
Inisiatif
Berita
Aktiviti
e-Volunteer
Forum
Paparan Inisiatif Terpilih
Hubungi Kami
International Version
Program Logo Aspirasi Digital

Penerangan Logo

Butang Talian (Power On Button) melambangkan sumber maklumat dan pengetahuan yang berterusan, hidup dan berarus setiap masa. 

Warna hitam butang talian melambangkan keteguhan, kekuatan dan komitmen dalam merealisasikan usaha-usaha merapatkan jurang digital.

Grafik seperti lintasan jambatan berwarna oren melambangkan akses, penghubung dan penjalin komunikasi yang menyeberangi jurang digital dalam destinasi menjadikan Malayasi sebuah negara maju berteraskan masyarakat berpengetahuan seperti yang telah diterapkan dalam Wawasan 2020.

Warna oren jambatan melambangkan semangat baru, aktif dan pantas.

 

Idea ini adalah untuk memastikan organisasi-organisasi menggunakan logo ‘Aspirasi Digital’ di dalam bahan-bahan informasi korporat mereka, serta dikenali sebagai ‘Rakan Aspirasi Digital’ kemudiannya. Melalui usaha-usaha promosi ini, diharap akan dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan organisasi-organisasi di negara ini berkenaan isu jurang digital.

Usahasama di antara pelbagai sektor dalam menangani isu jurang digital merupakan satu penyataan bagi memperlihatkan peri pentingnya isu jurang digital ini kepada orang ramai.

Bagaimana Program Ini Dijalankan?

Program

• Organisasi-organisasi dan syarikat-syarikat digalakkan menggunakan logo Aspirasi Digital dalam sumber-sumber maklumat mereka seperti laman web, pengiklanan, profail korporat dan juga risalah-risalah.

• Dalam masa yang sama, logo-logo organisasi yang terlibat juga akan dimasukkan kedalam laman web Aspirasi Digital dan buletinnya dan akan dikenali sebagai ‘Rakan Aspirasi Digital'.

Apakah Kelebihan dan Peluang yang Diperolehi?

1. Publisiti Web yang Strategik

• Sesebuah organisasi akan mendapat publisiti yang berterusan jika disenaraikan di dalam laman web Aspirasi Digital.
• Setiap organisasi akan berpeluang dikenali sebagai ‘Rakan Hari Ini’ di dalam laman web

2. Penjenamaan Korporat

Penyertaan oleh organisasi-organisasi di dalam program yang dilaksanakan oleh kerajaan akan dapat meningkatkan imej mereka terutamanya dalam hubungan dengan pihak kerajaan. Di mata masyarakat pula, organisasi-organisasi ini akan dilihat sebagai sebuah organisasi yang utama dan peneraju di dalam industri masing-masing.

3. Peluang Media

Terdapat siri-siri publisiti yang dijalankan oleh KTAK dalam usaha untuk mempromosi 'Rakan Aspirasi Digital'. Setiap kali program berlangsung, ‘Rakan Aspirasi Digital’ yang sedia ada akan dijemput untuk menyertai acara-acara yang dilaksanakan oleh KTAK.

Bagaimana Logo Boleh Diperolehi?

Terima kasih di atas langkah pertama yang telah diambil oleh anda untuk menjadi 'Rakan Aspirasi Digital'. Di sini akan ditunjukkan bagaimana mudahnya logo ‘Aspirasi Digital' diperolehi dan dimasukkan ke dalam sumber informasi anda.

Langkah 1

Klik-kanan logo di atas. Tekan salin (copy) dan masukkan ke dalam dokumen bagi sebarang informasi seperti iklan, website, profil korporat dan juga risalah-risalah.