Usaha: Celcom
Satu hari seminar tentang dunia telekomunikasi dan Celcom serta bengkel “Power to Change” di mana setiap sekolah memberi idea tentang projek selama enam minggu. Dana permulaan adalah sebanyak RM300.
Sasaran: Pelajar sekolah menengah, khasnya Tingkatan 2 dan 4.
Objektif:
- Membentuk pemimpin masa depan yang akan menerajui jalan kepada perubahan dan kecemerlangan.
- Membiasakan dan mendidik generasi muda dengan teknologi 3G dan menyediakan mereka dengan akses kepada perkhidmatan 3G.
Lokasi: Serata negara; 10 sekolah setiap negeri.
Tempoh: April 2006 – Disember 2006.
Kemudahan:
- Telefon mudah alih 3G yang dipinjamkan kepada pelajar selama 6 minggu untuk menyiapkan projek.
- Jangkamasa panggilan sejumlah RM300.
- Pek pengenalan 3G Xpax untuk sekolah, pengetua dan guru/penasihat.
- Platform untuk ‘blogging’; pelajar dikehendaki menyertakan ‘blog’ tahap kemajuan projek sebagai salah satu kriteria penghakiman.