Laman Utama
Merapat Jurang Digital
Inisiatif
Berita
Aktiviti
e-Volunteer
Forum
Paparan Inisiatif Terpilih
Hubungi Kami
International Version

BERITA (INISIATIF)
AKTIVITI (INISIATIF)
PUSAT ICT

Agensi Kerajaan
Korporat
NGO


Inisiatif

Kerajaan Negeri Melaka
(Agensi Kerajaane-Melaka)

Usaha: Kerajaan Negeri Melaka

Program untuk mendidik dan membimbing rakyat Melaka menggunakan dan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kehidupan harian mereka.


Objektif:

  • Mendidik dan membimbing rakyat Melaka menggunakan semua kemudahan ICT di Melaka.
  • Mengembangkan penggunaan ICT rakyat Melaka supaya ICT dapat dimanfaatkan sebagai pemangkin kepada pembangunan K-Ekonomi.
  • Memperluaskan ilmu teknologi maklumat di kawasan-kawasan pedalaman di Melaka dengan kerjasama pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).
  • Tindakan perlaksanaan sejajar dengan agenda negara menuju Wawasan 2020.
  • Mendukung hasrat Kerajaan Negeri Melaka melalui program ’Rumahku Syurgaku’ dan juga ’Satu Dun Satu Produk, Satu Daerah Satu Industri


Pengguna Sasaran:
Semua warganegara Malaysia yang bermaustautin di Melaka khususnya golongan surirumah dan warga pencen kecuali pelajar sekolah atau mahasiswa/mahasiswi yang sedang menuntut di IPTA/IPTS.


Tempoh: Bermula 2003 – kini.


Lokasi:
Bagi tahun 2003 dan 2004, sebanyak 46 buah Cyber Cafe dan Pusat Latihan Multimedia mengikut daerah telah menyertai Program e-Melaka. 

Melaka Tengah 31
Alor Gajah         9
Jasin                 6
Jumlah            46

Untuk Program e-Melaka 2005, sebanyak 26 buah Pusat Latihan Multimedia telah menyertai program ini.
 
Melaka Tengah 18
Alor Gajah         3
Jasin                 5
Jumlah            26

Untuk Program e-Melaka 2007, ia telah disertai oleh sebanyak 20 buah Pusat Latihan Multimedia. 
 
Melaka Tengah 13
Alor Gajah         2
Jasin                 5
Jumlah            20


Ciri-ciri:   

Pusat Latihan Multimedia

Pusat Latihan Multimedia yang bertauliah di Negeri Melaka telah dijadikan sebagai ”agen pelaksana” iaitu pusat untuk mengajar suri rumah dan warga pencen. Peranan Pusat Latihan Multimedia ini adalah :

  • Menyediakan tempat dan kemudahan yang selesa kepada para peserta.
  • Menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman.
  • Menyediakan jadual peserta program supaya memudahkan mereka memilih tarikh dan masa yang sesuai.
  • Menghantar laporan kepada Bahagian K-Ekonomi pada setiap bulan supaya Bahagian K-Ekonomi dapat memperbaiki segala kelemahan program dari masa ke semasa. 
     

Kaedah Perlaksanaan:

  • Peserta yang memenuhi syarat dikehendaki mendaftar di Cyber Cafe/Pusat Latihan Multimedia Bertauliah yang bekerjasama dengan Bahagian K-Ekonomi. 
  • Bagi program e-Me


     

-