Laman Utama
Merapat Jurang Digital
Inisiatif
Berita
Aktiviti
e-Volunteer
Forum
Paparan Inisiatif Terpilih
Hubungi Kami
International Version

BERITA (INISIATIF)
AKTIVITI (INISIATIF)
PUSAT ICT

Agensi Kerajaan
Korporat
NGO


Inisiatif

Universal Service Provision
(KPKK (dahulunya KTAK)Universal Service Provision)

Usaha: KTAK, Suruhanjaya Multimedia & Komunikasi Malaysia

Bermula sebagai sebuah projek di bawah Projek Pembangunan Rancangan Malaysia ke 8, USP atau Pemberian Perkhidmatan Sejagat mempunyai objektif berikut:-

  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar

  • Menimbulkan kesedaran keperluan ICT dalam kehidupan

  • Membolehkan masyarakat luar Bandar mengakses pelbagai maklumat melalui rangkaian-rangkaian yang disediakn seperti e-govt, e-learning dan lain-lain

  • Menjadikan lokasi USP sebagai Pusat Ilmu Komuniti (Community Knowledge Centre)

  • Sebagai satu usaha untuk masyarakat luar bandar celik IT

  • Merapatkan jurang minda antara masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar melalui capaian maklumat

MEKANISMA PELAKSANAAN PROJEK USP 

Pelaksanaan projek adalah dengan kerjasama lain-lain Kementerian dan agensi Kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan negeri-negeri. Kementerian dan agensi berkenaan mencadangkan sekolah, klinik kesihatan, klinik desa dan perpustakaan desa khasnya di kawasan luar bandar/pinggir bandar/pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan peralatan komputer, talian Internet dan talian komunikasi mengikut kriteria yang ditetapkan. Kemudahan peralatan komputer dan talian Internet yang disediakan secara percuma adalah untuk petugas dan komuniti di sekitar lokasi berkenaan. 
    
Proses pelaksanaan adalah secara tender terbuka kepada syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan bagi membekal, menghantar, memasang, menguji, mentauliah dan menyenggara peralatan komunikasi dan data menggunakan teknologi yang bersesuaian serta memberi latihan kepada petugas dan wakil komuniti dari setiap lokasi yang terpilih. Setiap lokasi disediakan dengan 2 – 4 unit komputer serta talian Internet, alat pencetak, alat pengimbas atau kamera digital (bagi klinik desa). Tempoh perkhidmatan yang disediakan dan penyenggaraan adalah selama lima (5) tahun. JKR (Cawangan ICT) dilantik sebagai Juruperunding Pengurusan Projek (Project Management Consultant).

FASA PELAKSANAAN PROJEK USP

    
Fasa 1:

  • Mula di laksana pada tahun 2002;

  • Tempoh perkhidmatan dan penyenggaraan selama 5 tahun (tahun 2002 – 2007); 

  • Lokasi : 220 buah sekolah; 110 di Sarawak dan 110 di Sabah;

  • Perbincangan terus (direct negotation) dengan pihak TMB oleh Kementerian Kewangan.
     

         Catatan:
 


 

-