Inisiatif
Kerajaan Negeri Selangor
(Agensi Kerajaan Gerak IT (K-TRAK))
Usaha: Kerajaan Negeri Selangor Objektif: Memberi peluang sama rata di kalangan masyarakat di Negeri Selangor mempelajari ilmu teknologi maklumat. Pengguna Sasaran: Penduduk Negeri Selangor, khasnya di pedalaman. Tempoh: Bermula Mei 2002 – kini. Lokasi: Kawasan yang tiada kemudahan Pusat Komuniti IT. K-Trak akan menjelajah ke seluruh sembilan daerah di Negeri Selangor di mana di setiap daerah, 4 kampung dipilih sebagai lokasi program. Lebih dari 18 lokasi telah dimasuki oleh k-trak bagi menjalankan latihan IT menerusi program ini sepanjang tahun 2006. Kemudahan: Trak yang mengandungi 10 unit PC dan mempunyai kemudahan capaian Internet. Ciri-ciri: K-trak dikendalikan oleh dua orang krew iaitu seorang pelatih yang bertugas sebagai tenaga pengajar/fasilitator dan seorang Mobile Operator yang akan memandu k-trak ke lokasi yang ditetapkan. Mobile operator ini juga bertindak sebagai seorang juruteknik dan juga pegawai perhubungan awam. K-Trak akan bergerak ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan oleh Pusat ICT SUK Selangor dan akan berada di satu-satu kawasan selama lima (5) hari. Sepanjang lima hari tersebut, peserta akan diajar dari pengetahuan asas tentang komputer hinggalah kepada pengetahuan tentang internet iaitu bagaimana cara untuk mengakses sesebuah laman web dan penggunaannya. Akhir sekali peserta akan diajar untuk mendaftar sebuah akaun e-mel peribadi.
|