Laman Utama
Merapat Jurang Digital
Inisiatif
Berita
Aktiviti
e-Volunteer
Forum
Paparan Inisiatif Terpilih
Hubungi Kami
International Version

BERITA (INISIATIF)
AKTIVITI (INISIATIF)
PUSAT ICT

Agensi Kerajaan
Korporat
NGO


Inisiatif

Kerajaan Negeri Johor
(Agensi Kerajaane-Desa)

Usaha: Kerajaan Negeri Johor

Projek pembangunan pusat e-Desa ini adalah merupakan projek sosial Kerajaan Negeri Johor melalui hasil penswastaan. Pusat e-Desa menjalankan aktiviti penggunaan komputer dan juga Internet. Selain itu juga, latihan asas kepada penggunaan komputer dan aplikasi turut dijalankan di pusat e-Desa.


Objektif:

Pembangunan Pusat e-Desa 

  • Sebagai pusat latihan teknologi dan sumber maklumat.
  • Sebagai pusat penyebaran maklumat mengenai dasar dan program kerajaan.
  • Sebagai pusat menyalurkan pandangan rakyat ke atas dasar dan program kerajaan.
  • Sebagai pusat ‘E-Commerce’.
  • Sebagai salah satu pusat rangkaian khidmat kerajaan secara online.

Penggunaan Pusat e-Desa

  • Menjadikan Pusat e-Desa sebagai kelas komputer bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat belajar komputer.
  • Menjadikan Pusat e-Desa sebagai tempat untuk Program Bakti Siswa bagi universiti-universiti.

 

Pengguna Sasaran: Penduduk luar bandar dengan kawasan yang kepadatan sekurang-kurangnya 300 orang.


Lokasi: Satu pusat akan dibina di setiap Dewan Undangan Negeri menjadikan jumlah kesemuanya 40 buah pusat. Bagi fasa pertama sebanyak 8 buah pusat telah dibangunkan manakala bakinya sebanyak 20 pusat telah dibina dalam fasa 2 dan 12 dibina dalam fasa 3.


Ciri-ciri:

  • Keutamaan kepada kawasan-kawasan kampung (luar bandar).
  • Kepadatan penduduk kawasan sekitaran yang tinggi sekurang-kurangnya 300 orang.
  • Berhampiran dengan sekolah.
  • Mempunyai kemudahan infrastuktur seperti jalan, talian telefon dan elektrik yang baik dan juga kemudahan letak kenderaan.
  • Mempunyai ciri-ciri keselamatan asas seperti pagar.
  • Tempat menjadi tumpuan masyarakat seperti balai raya atau kompleks penghulu.
  • Jarak dari bandar melebihi 10km.

http://www.johordt.gov.my/edesa



 

-