Laman Utama
Merapat Jurang Digital
Inisiatif
Berita
Aktiviti
e-Volunteer
Forum
Paparan Inisiatif Terpilih
Hubungi Kami
International Version

BERITA (INISIATIF)
AKTIVITI (INISIATIF)
PUSAT ICT

Agensi Kerajaan
Korporat
NGO


Inisiatif

Kementerian Kesihatan Malaysia
(Agensi KerajaanTelePrimaryCare)

Usaha: Kementerian Kesihatan Malaysia, KTAK

TelePrimaryCare atau TPC adalah kaedah menyalurkan perkhidmatan kesihatan yang sedia ada kepada pesakit dan orang ramai dengan menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), merentasi batasan masa dan geografi. Ia juga meliputi pengawasan penyakit, pengurusan perebakan wabak dan perkhidmatan sokongan teknikal seperti makmal, radiologi dan farmasi.

Sasaran: Komuniti dan pusat kesihatan luar bandar dan pedalaman.

Objektif:

  • Meningkatkan peluang mendapatkan rawatan pakar awal setempat.

  • Membangunkan tahap perkhidmatan profesional bagi mereka yang berkhidmat jauh di pedalaman.

  • Bagi pakar di hospital pula, ia mampu meningkatkan kepimpinan klinikal dan meluaskan liputan rawatan dan perkhidmatan kepakaran melepasi dinding hospital ke luar bandar.  

  • Perkhidmatan yang lebih efisyen melalui struktur pengumpulan dan analisis data yang sistematik bagi membolehkan pengendalian kes secara nyata (‘real time’).

Tempoh: Bermula 2005.- kini.

Lokasi: Projek awal di Johor dan Sarawak yang merangkumi 6 buah daerah iaitu Sibu, Sarikei dan Kapit di Sarawak dan Mersing, Kota tinggi dan Johor Baru di Johor. Dalam jangkamasa panjang, bilangan klinik yang terlibat di Johor adalah sebanyak 28 buah manakala di Sarawak sebanyak 17 buah.

Ciri-ciri TPC:

  • Data yang kemaskini melalui Sistem Rekod Elektronik. Data pesakit boleh diakses dari mana-mana klinik dan hospital di dalam rangkaian TPC di seluruh negara.

  • Pesakit yang telah diambil datanya tidak lagi perlu mengisi  borang maklumat apabila ia menjalani pemeriksaan di klinik yang lain di dalam rangkaian TPC; segala data boleh didapati serta merta melalui komputer. 

  • Melalui proses telerundingan atau “teleconsultation”, petugas di klinik kesihatan di pedalaman boleh berhubung melalui sidang video dengan klinik pakar di hospital.

  • Dibina dengan sistem amaran sama ada bagi penyakit berjangkit seperti denggi yang boleh dipantau dengan segera melalui notifikasi secara dalam talian, mahupun amaran kesihatan dan rawatan yang perlu dimaklumkan kepada pertugas kakitangan dengan cepat.


 

 


 

-