Laman Utama
Merapat Jurang Digital
Inisiatif
Berita
Aktiviti
e-Volunteer
Forum
Paparan Inisiatif Terpilih
Hubungi Kami
International Version

BERITA (INISIATIF)
AKTIVITI (INISIATIF)
PUSAT ICT

Agensi Kerajaan
Korporat
NGO


Inisiatif


(KPKK (dahulunya KTAK)Program Sekolah Angkat KTAK-TM)

Usaha: KTAK, Telekom Malaysia

Objektif:
Menimbulkan kesedaran tentang kepentingan ilmu teknologi maklumat (ICT) di kalangan pelajar dan komuniti.

Sasaran: Pelajar sekolah menengah tingkatan 1 – 6.

Tempoh: 2004 - 2006

Lokasi: Sekolah Menengah Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.

Kemudahan:

  • Peralatan komputer, pencetak, pengimbas dan kelengkapan makmal komputer.
  • Internet Streamyx

Selain penyediaan kelengkapan fizikal, program-program akademik dan latihan juga dilaksanakan. Pada tahun pelancarannya iaitu 2004, Program Latihan telah dijalankan untuk para pelajar dan guru SMKAL ; antaranya Latihan Literasi IT, Latihan Penggunaan Internet, Latihan Reka Bentuk Web, Kursus Penyelenggaraan Komputer dan Internet, Kursus Penggunaan IT dalam Pelajaran dan Pengajarani.

SMKAL telah menempatkan diri mereka antara sekolah yang mempunyai Laman Web terbaik di Kelantan selepas berjaya merangkul tempat keempat dalam pertandingan Reka Bentuk laman Web di negeri tersebut pada 2004.

Pada tahun 2005, Seminar Kecemerlangan Pelajar telah diadakan. Pelajar SMKAL serta pelajar-pelajar di bawah tajaan Yayasan TM yang terpilih telah berkampung seminggu di SMKAL untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dikendalikan oleh pakar-pakar motivasi selain wakil-wakil daripada TM.

Aktiviti-aktiviti sampingan lain yang dijalankan adalah Lawatan Akademik, Pertandingan Kuiz ICT serta pelbagai program lain yang telah dirancang oleh KTAK dan TM.

Pada tahun 2006, Karnival ICT telah dilangsungkan sebagai acara kemuncak kepada Projek Sekolah Angkat SMKAL. Antara aktiviti yang yang dilaksanakan adalah sesi dialog dan ceramah motivasi bersama pelajar, bengkel-bengkel kemahiran ICT serta acara-acara kuiz dan permainan berkaitan ICT.

 


 

-