Laman Utama
Merapat Jurang Digital
Inisiatif
Berita
Aktiviti
e-Volunteer
Forum
Paparan Inisiatif Terpilih
Hubungi Kami
International Version

BERITA (AM)
BERITA (inisiatif)
AKTIVITI (AM)
AKTIVITI (inisiatif)
Sertai Mailing-List
Batal Mailing-List
FORUM

 
E-Volunteer Login
ID
Kata Laluan


Perincian Berita

( 3/2/2010 )

INFOLIENT yang sudah lama meneroka kepentingan jalur lebar mahu mengembangkan pasarannya di Malaysia dengan tumpuan diutamakan kepada penduduk luar bandar agar capaian Internet dapat dinikmati sama rata.

Ketua Kumpulan Pegawai Teknologinya, Nik Mohamad Hanif Datuk Abdul Ghani, berkata jalur lebar ini meliputi seluruh negara terutama di Kelantan, Perak, Terengganu dan Lembah Klang.

“Kebanyakan penduduk luar bandar tidak mementingkan teknologi seperti jalur lebar kerana menganggap ia tidak diperlukan. “Isi kandungan laman web yang kebanyakannya berbahasa Inggeris menyukarkan pengguna luar bandar untuk ber komunikasi di Internet.

“Oleh itu Infolient bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran orang ramai menerusi portal Infolient yang ber tindak sebagai penyalur maklumat mengenai kepentingan dan kewujudan yang ada di kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau yang pernah berkhidmat di Amerika Syarikat selama lebih 10 tahun dalam bidang kejuruteraan Internet dan telekomunikasi berkata, kandungan portal terbabit mem punyai pelbagai pengisian mengikut kawasan dan negeri sama ada mengenai pertanian, perikanan, pertukangan dan tempat menarik.

Menurutnya, Teluk Cempedak WiFi antara hasil kerjasama Infolient dengan Majlis Perbandaran Kuantan mengete ngahkan kandungan menarik mengenai Teluk Cempedak. Penduduk kampung terbabit yang bertanggungjawab me menuhi kandungan portal menerusi pelbagai isu sebagai maklumat kepada masyarakat luar.

“Cara ini berjaya meningkatkan pengguna jalur lebar di kalangan penduduk kampung, malah mereka juga mampu meningkatkan taraf ekonomi keluarga dengan kedatangan pelancong dan pengusaha dengan adanya portal terbabit,” katanya.

Kawasan lain yang bakal diutamakan termasuk Seri Is kandar, Kuala Kangsar dan Alor Gajah.

Sumber:Metro

 

-