Laman Utama
Merapat Jurang Digital
Inisiatif
Berita
Aktiviti
e-Volunteer
Forum
Paparan Inisiatif Terpilih
Hubungi Kami
International Version

BERITA (AM)
BERITA (inisiatif)
AKTIVITI (AM)
AKTIVITI (inisiatif)
Sertai Mailing-List
Batal Mailing-List
FORUM

 
E-Volunteer Login
ID
Kata Laluan


Perincian Berita

( 23/7/2010 )
Dunia diancam jenayah siber - Tun Haniff

KUALA LUMPUR 22 Julai - Agensi penguat kuasa undang-undang di seluruh dunia kini sedar bahawa mereka bakal berdepan ancaman baru pada masa depan iaitu jenayah siber dan perlu bersedia untuk menghadapinya.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar berkata, beberapa negara terutamanya Amerika Syarikat sedar akan ancaman tersebut apabila penjenayah kini dilihat semakin licik termasuk menggunakan saluran siber untuk menjalankan kegiatan mereka.

"Penjenayah ini bijak mengeksploitasi segala kelemahan yang timbul dalam aspek perundangan tidak kira di mana-mana negara dan sekali gus ia menjadi kelebihan untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan Bahagian Asia Pasifik (FBINAA-APCC) Ke-13 di sini hari ini.

Persidangan yang berlangsung selama empat hari itu disertai 25 perwakilan delegasi negara dari rantau Asia Pasifik termasuk Australia, Vietnam, Korea Selatan, Thailand dan Filipina.

Antara perkara yang dibincang dan dikongsi bersama perwakilan adalah berhubung aktiviti jenayah-jenayah merentasi sempadan seperti pengubahan wang haram, pengganas, penyeludupan dadah dan manusia serta maritim.

Kuala Lumpur ialah tuan rumah untuk edisi kali ini manakala Manila, Filipina dipilih menjadi lokasi persidangan untuk tahun depan.

Dalam pada itu, Pengerusi Persidangan tersebut, Datuk Shahbudin Abdul Wahab memberitahu, para perwakilan delegasi bersetuju bahawa kemunculan jenayah siber dan setiap agensi penguat kuasa seluruh dunia perlu mengorak langkah sewajarnya untuk menanganinya.

Beliau menjangkakan semua negara akan dibelenggu jenayah siber pada masa akan datang, justeru, langkah seperti meminda undang-undang dan pegawai agensi penguat kuasa juga perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

"Bidang ICT seperti sedia maklum bergerak dengan pantas dan kita selaku agensi penguat kuasa juga perlu mengikut seiring dengan perkembangannya.

"Jenayah siber juga telah mengubah landskap jenayah dan keganasan kerana kedua-duanya ada hubung kait. Apabila kita menyentuh tentang kegiatan keganasan, biasanya ia juga melibatkan kegiatan pengubahan wang haram kerana aktiviti sedemikian yang menjana sumber kewangan untuk kegiatan mereka," kata Shahbudin.

Di samping itu, beliau menegaskan, kerjasama antarabangsa sejagat serta perkongsian risikan di antara kerajaan juga penting dalam usaha memerangi jenayah canggih itu.


 

-