Laman Utama
Merapat Jurang Digital
Inisiatif
Berita
Aktiviti
e-Volunteer
Forum
Paparan Inisiatif Terpilih
Hubungi Kami
International Version

BERITA (AM)
BERITA (inisiatif)
AKTIVITI (AM)
AKTIVITI (inisiatif)
Sertai Mailing-List
Batal Mailing-List
FORUM

 
E-Volunteer Login
ID
Kata Laluan


Perincian Berita
TarikhTajukKategoriSub-KategoriNegeriPekan
22/1/2010 Projek HSBB TM lancarKorporatNONENONENONE

PROJEK jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Berhad (TM) terus berjalan lancar dengan tumpuan diberi kepada pelancaran komersilnya pada akhir suku pertama tahun ini.

Pada akhir 31 Disember 2009, TM sudah memasang infrastruktur untuk 152,000 premis. Projek HSBB bernilai RM11.3 bilion yang ditandatangani pada September 2008 adalah usaha sama awam-swasta antara TM dengan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang.

Menjelang akhir 2012 - seperti yang dipersetujui dengan Kerajaan, kira-kira 1.3 juta premis di seluruh negara akan mendapat akses ke perkhidmatan HSBB.

Kawasan-kawasan di seluruh negara yang dikenali sebagai Zon 1, termasuk Lingkaran Dalam Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan kawasan industri penting di seluruh negara.
TM menyumbang RM8.9 bilion sementara Kerajaan RM2.4 bilion mengikut jumlah tuntutan berdasarkan pencapaian projek oleh TM.

Jumlah perbelanjaan modal TM berkaitan projek HSBB setakat 31 Disember 2009 mencecah RM1.9 bilion - merangkumi akses sambungan akhir, perlaksanaan IP teras dan penambahan kapasiti rangkaian antarabangsa. TM berada di landasan yang betul untuk meneruskan rancangannya untuk melancarkan perkhidmatan komersil HSBB di empat kawasan awal pada akhir suku pertama 2010.

Syarikat itu kini sedang menjalankan 'percubaan perkhidmatan' di isi rumah yang terpilih di empat kawasan terbabit dengan kelajuan capaian sehingga 15Mbps.

 

Sumber: Metro

 

-