PUSAT Jalur Lebar Komuniti (CBC) diwujudkan untuk membantu masyarakat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
SASAR...golongan muda perlu pelajari ICT untuk memajukan diri dan masyarakat.
Pelaksanaan CBC memberi pengalaman kepada penduduk luar bandar menikmati keseronokan menggunakan kemudahan Internet jalur lebar yang menggalakkan mereka memiliki kemudahan terbabit di rumah sendiri. Pusat yang dilengkapi dengan perkakasan terkini dan sambungan Internet berkelajuan tinggi itu membolehkan masyarakat terutama penduduk luar bandar mendapat pendedahan kepada teknologi terkini dan komunikasi menerusi Internet.
Projek lima tahun yang mendapat sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui pembiayaan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) itu menawarkan fungsi seakan kafe siber namun ia lebih meluas ke arah membentuk komuniti di kawasan luar bandar.
Bagi memastikan pembangunan modal insan yang terancang, pusat ini turut menawarkan latihan dan kursus berasaskan ICT secara percuma yang diuruskan penyelia dilantik. Kewujudan CBC diharap dapat membantu masyarakat luar bandar mengenali ICT dan memanfaatkan kemudahan sedia ada secara positif bagi meningkatkan pengetahuan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Antara objektif CBC yang digariskan termasuk:
Menjadikan ICT sebagai medium untuk merapatkan jurang digital.

Menambah pengetahuan dan meningkatkan sosioekonomi masyarakat.
Mewujukkan sistem latihan berterusan untuk melahirkan masyarakat yang mahir, berilmu dan berdaya saing.
Mewujudkan sistem latihan yang dinamik dan berkualiti.
Menyediakan kemudahan ICT dan perkhidmatan yang berteras komuniti.
DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menjadi syarikat telekomunikasi terbaru yang mendapat kepercayaan menguruskan 13 CBC di Sarawak, Johor, Melaka, Terengganu dan Pahang. Ketua Bahagian Komunikasi Korporatnya, Zaiton Idrus, berkata CBC pertama DiGi akan dirasmikan di Lundu, Sarawak yang akan dibuka minggu ini bermatlamatkan misi jangka panjang berbanding penembusan ICT semata-mata.
"Kami menyedari generasi perlu dibuka minda mereka dengan memberi peluang untuk menguruskan CBC yang meningkatkan keupayaan berniaga selain menjadi 'ejen' masa depan masyarakat setempat," katanya.
Menurutnya, DiGi sudah melantik 26 pengurus dan penolong pengurus yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada CBC seterusnya berkhidmat kepada komuniti setempat.
"Kami membekalkan latihan sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memberi pengetahuan kepada mereka yang penting dalam menyediakan asa |