Laman Utama
Merapat Jurang Digital
Inisiatif
Berita
Aktiviti
e-Volunteer
Forum
Paparan Inisiatif Terpilih
Hubungi Kami
International Version
Kenali Jurang Digital

Jurang Digital adalah suatu keadaan di mana sebahagian daripada komuniti tidak berpeluang untuk menggunakan kemudahan infrastruktur ICT di sebabkan faktor-faktor berikut:

• Kebolehcapaian
• Kemampuan
• Celik ICT
• Kekurangan kandungan tempatan

 
Adakah anda tahu bahawa 65 peratus daripada penduduk yang memiliki komputer di Malaysia terdiri daripada masyarakat yang tinggal di kawasan bandar seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang sahaja? Anda berada di mana?
 
 
 

Mengapa ia satu isu?

Kemajuan sosial dan ekonomi kini bersandar kepada kebolehan sesuatu individu atau masyarakat menggunakan ilmu pengetahuan. Di waktu kini dan di masa hadapan akan terdapat lebih banyak ilmu dan maklumat akan disalurkan melalui sistem ICT, terutamanya Internet.

Jurang Digital merujuk kepada perbezaan besar di dalam masyarakat, antara mereka yang mendapat capaian secukupnya kepada kemudahan ICT, dan yang tidak mendapatnya. Mereka yang tidak mendapat capaian sewajarnya difikirkan akan ketinggalan dalam usaha pembangunan amnya.

Jurang ilmu pengetahuan pula merujuk kepada keadaan di mana maklumat yang dicapai melalui kemudahan infrastruktur ICT ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya disebabkan kurang kemahiran untuk menggunakannya dalam menjalani kehidupan seharian.

Jurang Digital akan memberi peluang kepada sebahagian sahaja daripada kita untuk mendapat faedah, manakala yang sebahagian lagi tidak dapat merasai manfaat dari kecanggihan teknologi ini. Masyarakat desa adalah antara golongan yang mungkin terpinggir dan tercicir dalam arus pembangunan sekiranya langkah-langkah positif tidak diambil untuk merapatkan Jurang Digital tersebut.

Teknologi semata-mata tidak akan membawa manfaat kepada rakyat jelata dalam hal ini. Isi kandungan serta aplikasi ilmu pengetahuan memainkan peranan penting bagi mendedahkan manfaat ICT kepada kehidupan penduduk desa dan seterusnya boleh digunakan dalam kehidupan seharian mereka.

Senario di Malaysia

Adakah anda tahu bahawa 65 peratus daripada penduduk yang memiliki komputer di Malaysia terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan bandar seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang sahaja? Ini bermakna, baki selebihnya dimiliki oleh penduduk bagi 11 buah negeri yang lain, iaitu lebih kurang kadar purata 3.18 peratus bagi setiap negeri.

Pada masa yang sama, peratus mampu milik komputer di kalangan penduduk masih berada di tahap yang rendah, iaitu sebanyak 5% sahaja.

Pada tahun 1998 misalnya, kadar akses Internet adalah sebanyak 6 peratus bagi setiap 100 populasi penduduk dan 11.9 peratus untuk setiap rumah. Walaupun laporan menunjukkan sebanyak 182 peratus pelangganan Internet telah dilaksanakan di Malaysia, namun kebanyakannya hanya tertumpu di Lembah Kelang, Selangor dan di bandar-bandar besar seluruh negara.

Statistik ini menunjukkan wujudnya perbezaan yang amat ketara dalam pemilikan komputer peribadi dan kemudahan Internet di antara penduduk di bandar dan di luar bandar.

Senario global

Gambaran jurang digital sangat membimbangkan. Statistik menunjukkan 51 daripada 100 gergasi ekonomi terhebat di dunia adalah dari kalangan syarikat-syarikat swasta (dan bukannya dari kalangan kerajaan). Lebih kurang 80 peratus dari penduduk dunia tidak pernah membuat panggilan telefon, apatah lagi untuk mengakses Internet. Lebih dari 3 bilion penduduk dunia hidup hanya dengan pendapatan